Selepas perasmian Orkestra Tradisional Malaysia, grup Asuhan Seni sekali lagi berpeluang untuk beraksi di Festival Gamelan Sedunia 2010.
Festival yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 23 Julai sehingga 25 Julai 2010 di Kuala Terengganu itu dihadiri oleh pemain-pemain gamelan dari Bali, Tanah Jawa, Jepun dan juga tidak dilupakan, pasukan gamelan dari Akedemi Seni dan Warisan (ASWARA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Rhythm in Bronze dan juga grup dari Istana Budaya sendiri.
Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu, namun persembahan-persembahan para peserta tetap ditunggu-tunggu oleh peminat seni gamelan di Terengganu yang masing-masing membawa elemen yang unik untuk dipertontonkan.
Selain itu, para peserta festival juga berpeluang mempelajari secara lebih dekat tentang Gamelan Melayu, Gamelan Jawa dan juga Gamelan Bali.
Festival ini telah membawa seni gamelan ke satu tahap di mana ianya mula dikenali oleh rakyat keseluruhannya. Malah festival gamelan ini diharapkan agar terus dikekalkan agar ia dapat memartabatkan seni gamelan dari seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment