Tuesday, September 7, 2010
Selamat Hari Raya
Kami daripada grup Asuhan Seni ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di luar sana.
Semoga lebaran kali ini lebih bermakna untuk anda semua, dibawah rahmatNya. Amin.
Wednesday, August 4, 2010
Festival Gamelan Sedunia 2010
Selepas perasmian Orkestra Tradisional Malaysia, grup Asuhan Seni sekali lagi berpeluang untuk beraksi di Festival Gamelan Sedunia 2010.
Festival yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 23 Julai sehingga 25 Julai 2010 di Kuala Terengganu itu dihadiri oleh pemain-pemain gamelan dari Bali, Tanah Jawa, Jepun dan juga tidak dilupakan, pasukan gamelan dari Akedemi Seni dan Warisan (ASWARA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Rhythm in Bronze dan juga grup dari Istana Budaya sendiri.
Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu, namun persembahan-persembahan para peserta tetap ditunggu-tunggu oleh peminat seni gamelan di Terengganu yang masing-masing membawa elemen yang unik untuk dipertontonkan.
Selain itu, para peserta festival juga berpeluang mempelajari secara lebih dekat tentang Gamelan Melayu, Gamelan Jawa dan juga Gamelan Bali.
Festival ini telah membawa seni gamelan ke satu tahap di mana ianya mula dikenali oleh rakyat keseluruhannya. Malah festival gamelan ini diharapkan agar terus dikekalkan agar ia dapat memartabatkan seni gamelan dari seluruh dunia.

Saturday, May 8, 2010
Timang Burung
Salam
Timang Burung adalah salah satu lagu tradisional yang sering dimainkan oleh mana-mana kumpulan gamelan. Ada 2 versi untuk lagu Timang Burung ni, yang pertama versi normal dan yang kedua versi tarian. Lagu ini mengisahkan tentang perlakuan / aksi Si Burung Galuh dari hikayat Panji Semerang yg dikatakan sangat pandai menari. Gerak aksinya dalam suasana gembira dan tenteram. Manakala dari segi metosnya, ia dikaitkan dgn kisah Nabi Ibrahim mendapat pertolongan burung2 utk menyeru umatnya ke jalan ALLAH (Sumber ~Buku Lambang Sari Tari Gamelan Terengganu / SUK TRG / UKM 1986 - Harun Mat Piah & Siti Zainon Ismail)

Kali ni nak kongsi notasi lagu Timang Burung untuk pemain bonang. Sila klik gambar untuk dapatkan imej yang lebih jelas.
Tuesday, April 27, 2010
Gamelan anyone?
Monday, February 1, 2010
Konsert OTM
Konsert Pelancaran Orkestra Tradisional Malaysia
Tarikh: 5 & 6 Febuari 2010
Masa: 8.00 p.m
Harga tiket: RM30, RM50, RM70.
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Antara artis yang bakal hadir untuk memeriahkan konsert tersebut ialah Jamal Abdillah, Asmidar dan Ikhwal.
Berlainan daripada simfoni orkestra, Orkestra Tradisional Malaysia ini mempunyai kelebihan tersendiri dari segi permainan muzik dan juga bunyi yang lebih kaya dan authentic.
Pastinya ia merupakan sesuatu yang menarik untuk para peminat muzik di luar sana. Jadi jangan lepaskan peluang ini!!
Jumpa di sana!! :)
Sunday, January 31, 2010
Cak Doh Gong
Salam...
Video mase latihan untuk majlis pembukaan Orkestra Tradisional Malaysia pada 5 Feb 2010 di Istana Budaya. Enjoys....

Subscribe to:
Posts (Atom)