Friday, July 10, 2009

Update.....


News Feed:


The members of Asuhan Seni have learn various traditional Gamelan songs. So far, Cikgu Ku Zahir has trained us with 15 traditional songs; Ayak-Ayak, Timang Burong, Antawada, Lambang Sari, Topeng, Togok, Seri Rama Balik, etc which were performed for the first time on 27th and 28th June '09. In addition, Cikgu Ku Zahir also trained us with a contemporary song written by Cikgu Ku Zahir himself titled "Cak Doh Gong".


This month, other than polishing our gamelan skills, we will learn a few other traditional songs; Muleh, Kendong Gajah Mati and Kalis Dayung. Other than that, Cikgu Ku Zahir and 3 members of Asuhan Seni will be busy rehearsing for Malaysian Traditional Orchestra (OTM).

P/S: Sape2 yang belom salin lagi lagu2 tradisional tu, sila salin ye... Jangan malas2...

Saturday, July 4, 2009

Persembahan bulan Jun 2009


Pada 27 Jun baru-baru ini, para pelajar Asuhan Seni telah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis akad nikah Norliza Che Hassan di Kuala Sepetang, Perak.
Membawa lagu-lagu tradisional seperti Timang Burong, Ayak-Ayak, Gambuh Nyanyi dan sebagainya, para pelajar diberi peluang untuk menghiburkan para tetamu yang hadir ke majlis tersebut.
Selain dari itu, tetamu juga disajikan dengan lagu-lagu klasik yang dimainkan oleh pelatih grup Asuhan Seni tersebut, diringi dengan paluan rebana dan jidor.

Juga pada 28 Jun para pelajar telah membuat persembahan untuk majlis kenduri kahwin di Ampang Tasik, Kuala Lumpur.

Wednesday, April 15, 2009

Pengenalan

Asuhan Seni merupakan satu program di bawah anjuran Istana Budaya yang dinaung oleh 20 orang ahli yang terpilih. Di bawah tunjuk ajar oleh pemain muzik Istana Budaya sendiri, iaitu Ku Zahir Ku Ahmad, kumpulan ini akan dibawa mempelajari pelbagai alatan muzik melayu, termasuklah gamelan melayu, alat-alat perkusi melayu dan lain-lain.

Objektif penubuhan Asuhan Seni ini termasuklah untuk menyebarkan dan merakyatkan seni muzik tradisional kepada generasi baru juga sebagai pelapis kumpulan Orkestra Tradisional Malaysia yang juga baru ditubuhkan baru-baru ini.

Misi Asuhan Seni adalah untuk menyebarkan seni muzik tradisional yang semakin pupus di kalangan para belia dan juga remaja. Asuhan Seni juga menjadi peranan untuk mempromosi seni muzik tradisional negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Diharap agar melalui penubuhan ini grup Asuhan Seni berupaya untuk menghidupkan kembali kemeriahan seni muzik tradisional yang suatu masa dahulu gah di persada nusantara.