Wednesday, April 15, 2009

Pengenalan

Asuhan Seni merupakan satu program di bawah anjuran Istana Budaya yang dinaung oleh 20 orang ahli yang terpilih. Di bawah tunjuk ajar oleh pemain muzik Istana Budaya sendiri, iaitu Ku Zahir Ku Ahmad, kumpulan ini akan dibawa mempelajari pelbagai alatan muzik melayu, termasuklah gamelan melayu, alat-alat perkusi melayu dan lain-lain.

Objektif penubuhan Asuhan Seni ini termasuklah untuk menyebarkan dan merakyatkan seni muzik tradisional kepada generasi baru juga sebagai pelapis kumpulan Orkestra Tradisional Malaysia yang juga baru ditubuhkan baru-baru ini.

Misi Asuhan Seni adalah untuk menyebarkan seni muzik tradisional yang semakin pupus di kalangan para belia dan juga remaja. Asuhan Seni juga menjadi peranan untuk mempromosi seni muzik tradisional negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Diharap agar melalui penubuhan ini grup Asuhan Seni berupaya untuk menghidupkan kembali kemeriahan seni muzik tradisional yang suatu masa dahulu gah di persada nusantara.